NADI X Cybersecurity Lifelong Learning - Bagaimana Hak Bantuan Anda Boleh Dicuri
12 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 11 Jun 2026, telah berlangsung program NADI X Cybersecurity Lifelong Learning bertajuk “Bagaimana Hak Bantuan Anda Boleh Dicuri”. Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta tentang ancaman siber yang boleh menjejaskan hak bantuan individu, khususnya melalui pencurian maklumat peribadi dan penyalahgunaan data digital.
Peserta diterangkan mengenai teknik penipuan digital seperti phishing, pencurian identiti, serta manipulasi maklumat yang boleh menyebabkan kehilangan hak bantuan. Penekanan turut diberikan kepada langkah pencegahan seperti penggunaan kata laluan kukuh, pengesahan dua faktor, serta kesedaran terhadap pautan dan aplikasi mencurigakan.
Program ini diharap dapat meningkatkan kefahaman masyarakat tentang kepentingan melindungi maklumat peribadi bagi memastikan hak bantuan tidak disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: